LaparPo
Kenali Kedai Nasi Kandar 24 Jam Yang Tular Di Media Sosial
Berita
Laparpo

Bagi yang tercari-cari nasi kandar enak dan popular sekitar Juru Auto City, Perai, pergi saja ke Restoran Nasi Kandar Pelita.

Restoran ini menjadi tumpuan ramai kerana nasi kandar yang dihidangkan kepada pelanggan sungguh menyelerakan.

Jadi, tidak hairanlah ada yang datang lagi buat kali kedua dan seterusnya kerana puas mendapat hidangan yang disediakan di Restoran Nasi Kandar Pelita.

Pelanggan yang memilih nasi kandar bukan saja mendapat kuah banjir, ayam goreng, telur rebus dan peria.

Malah, pelanggan yang inginkan makanan laut boleh mengambil udang goreng yang rangup.

Dengan semua elemen digabungkan dalam satu pinggan, tidak hairanlah ramai pelanggan terutama penduduk setempat menggemari nasi kandar Restoran Nasi Kandar Pelita.

Bagi pencinta makanan yang ingin mencuba nasi kandar restoran tersebut, Restoran Nasi Kandar Pelita terletak di 1608, G2, G3, F1, F2 & F3, Jalan Perusahaan, Kawasan Perusahaan Bukit Tengah, 13700 Perai, Pulau Pinang.

Menariknya, restoran ini turut dibuka 24 jam. Ini memudahkan pelanggan untuk datang ke situ pada bila-bila masa.