LaparPo
Kelibat Agong & Raja Permaisuri Baca Berita Jadi Tumpuan
Berita
TV3

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Sri Pentas pada 17 Januari 2024.

Baginda berdua berkunjung ke Media Prima selain turut diberikan taklimat berkaitan operasi dan dibawa ke lawatan eksklusif bagu melihat studio radio dan berita.

Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong turut berkenan mencemar duli membaca berita di studio.

Sesi khas itu akan ditayangkan dalam Buletin Utama jam 8 malam ini menerusi slot khas Buletin Diraja.

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila tanggal 17 Januari 2024 menjadi saksi bahawa Bagunda Agong bersama permaisuri menyampaikan berita edisi diraja.

Baginda berdua juga berkenan meluangkan masa bagi sesi fotografi bersama pengurusan kanan MPB, sebelum menerima cendera kenangan berupa ‘Royal Excess Tonton’ dan bingkai keratan berita.

Ia memaparkan aktiviti baginda berdua yang disiarkan di akhbar Harian Metro dan Berita Harian (BH) sebagai tanda penghargaan.

Semasa lawatan diadakan, Baginda berdua turut diberikan taklimat berkaitan operasi Media Prima dan dibawa melihat Konti Radio, Media Prima Audio yang menempatkan rangkaian Hot FM, Kool 101, Molek Fm, Fly Fm dan Eight Fm.

Episod penuh bertajuk Lima Tahun Pemerintahan Al-Sultan Abdullah Yang di-Pertuan Agong ke-16 selama satu jam akan disiarkan menerusi TV3 pada jam 9 malam 29 Januari ini.