Kek Batik Nestum Penyegan

By Hapeaceuddin

Tengah hari ni bosan kan. Apa kata kita try buat kek batik nestum. Satgi petang sikit boleh kita makan depan tv sambal layan Netflix. Nak buat kek batik ni senang ja. Bahan-bahan yang diperlukan ialah :
1 cawan majerin
½ cawan susu pekat
1 cawan milo
2SB serbuk koko
2 biji telur
1 pack biskut merie
1 bar Coklat masakan
Sedikit nestum
Sedikit asen vanilla
Sediki air

Dan akhir sekali sedikit usaha untuk menjayakan kek batik ini. Hahaha.
First step yang hampa perlu huat ialah :

Kepak biskut merie tu bagi patah-patah. Jangan benak dok pi lenyek pulak.
Boh planta/mejerin dalam kuali. Boh jugak susu pekat, milo dengan serbuk koko. Sambil kacau-kacau semua tu dalam kuali boh 2 biji telur. Pecahkan dulu jangan dok pi campak telur tu. Pastu masukkan air dan kacau sampai pekat dan likat. Lepastu letak asen vanilla dan masukkan biskut meri yang hampa dah karate awai tadi. Kacau semua tu bagi sebati dan sama rata. Jangan lupa letak juga sedikit nestum sebab kita buat kek batik nestum kan. Jangan dok p try letak nescafe pulak. Boleh jugak kalau nak try mana tau sedap. Hahaha.

Ok dah sebati semua bolehlah masukkan dalam Loyang. Kalau xdak boh ja dalam Tupperware. Lepastu lenyek bagi padat-padat. Guna kuali yang sama tadi untuk kita buat cekelat untuk topping kek batik kita. Masukkan coklat bar masakan dan minyak dua camca/sudu ke dalam kuali. Kalau nak pakai cekelat cadbuary pon boleh. Tambah susu pekat dan campurkan dengan sedikit air. Dah sebati dan pekat elok boleh la kita tuang atas kek batik kita sebagai topping. Tak lupa juga taburkan sedikit nestum di atas coklat ynag kita tuang tadi.

Bolehlah letak dalam peti ais bagi beku sikit baru sedap. Selamat mencuba!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *