LaparPo
Kefasihan Jalaluddin Hassan Berbahasa Inggeris Curi Tumpuan Netizen
Berita
Top 10 of Malaysia

Bakat yang dimiliki pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan sentiasa menghiburkan peminat dunia hiburan tanah air.

Terbaru, kefasihan pelakon berusia 70 tahun berbahasa Inggeris mencuri tumpuan warga maya semasa ditemubual pempengaruh terkenal, Alexey Brock di laman TikToknya baru-baru ini.

Jalaluddin bukan saja fasih menjawab setiap pertanyaan yang diajukan Brock dengan lancar. Malah, suara dan loghat yang digunakan beliau amat jelas dan boleh difahami.

Terdahulu, Jalaluddin mendedahkan beliau memulakan kariernya sebagai pelakon pada usia lewat 30-an. Jika dibandingkan dengan usia pelakon-pelakon baru hari ini, usia tersebut dikira lewat.

“Apa yang boleh saya katakan adalah saya bermula sedikit lewat, pertengahan 30-an. Saya telah menempuh pelbagai cabaran, waktu-waktu sukar untuk meletakkan diri saya dalam tumpuan ramai sekarang,” katanya.

Jalaluddin turut mendedahkan impian asalnya bila menceburi dunia seni ialah bergelar penyanyi dan bukannya pelakon semasa berusia 17 tahun.

“Tetapi (ada) sesuatu mengubah fikiran saya apabila saya berumur 17 tahun, untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan ini kerana saya rasa ia lebih memberikan cabaran.

“Cuba untuk menjadi orang lain, itu adalah bahagian paling sukar. Awak perlu tahu, apa niat sebenar dalam diri.

“Hanya untuk jadi popular? Sekiranya saya mempunyai impian seperti itu, saya rasa saya tak akan bertahan lama.

“Ia perlu dilakukan dengan jujur, segalanya tentang seni lakonan (dan) menyokong industri dalam negara sendiri,” tambahnya.

Di ruang komen, ramai warga maya memuji keupayaan Jalaluddin berbahasa Inggeris. Malah, ada yang menyamakan suaranya mirip dua pelakon British terkenal, Sir Patrick Stewart dan Sir Ian McKellan.

Jalaluddin sudah muncul dalam banyak filem seperti Jimi Asmara, Senario Lagi, 1957: Hati Malaya dan Mat Kilau.

@alexey.brock

🇲🇾🎥Datuk Jalaludin Hassan was kind to share part of his interesting story. The famous Malaysian actor that many know never went to any acting school and has learned and struggled all on his own; watching videos on the acting craft and most importantly having the passion that drove him to where Datuk is today. 🙏✨A very inspiring interview that shows how starting late or not having the best education sometimes isn’t an excuse when the Dream is there. Terima kasih🙏 #Actor #Malaysian #Interview #Life #Story

♬ original sound – Alexey.brock – Alexey.brock

Beliau turut dikenali dengan drama seperti Idaman, Rafflesia, Kusinero Cinta, Nur dan Special Force: Anarchy. Jalaluddin juga dikenali sebagai pengacara Who Wants To Be A Millionaire dari 2000 hingga 2002.