Kawal Perbelanjaan Setelah Dibuang Kerja

By Kimi

Anda harus mahir membezakan kehendak dan keperluan. Secara ringkas keperluan adalah perkara asas penting untuk meneruskan kehidupan manakala kehendak adalah perkara yang tidak perlu untuk kehidupan, dalam erti kata lain “tak ada pun boleh hidup”. Sekarang adalah fasa pembangunan semula ekonomi, fasa ini adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi setempat. Walau bagai manapun pengambilan pekerja berlaku sangat perlahan berbanding pembuangan pekerja yang telah dilakukan pada fasa covid dahulu.

Banyak syarikat yang telah membuang pekerja dan hingga sekarang masih lagi tidak dapat mengantikan tempat pekerja tersebut. Hal tersebut banyak berlaku pada syarikat IKS dan juga syarikat muda tempatan. Sebagai contoh di Laparpo sendiri telah mengurang kan beberapa staff untuk menjimatkan kos operasi.

Pada fasa ini, jika anda telah di berhentikan kerja, anda haruslah pandai dalam menguruskan kewangan serta jimat berbelanja. Jika pada ketika anda bekerja mampu membeli durian kampung, sekarang tidak salah untuk anda tidak makan durian pada tahun ini. Perkara yang sangat penting adalah menjaga aliran tunai dari nafsu dan kehendak makan yang anda mampu sebelum ini.

Sepanjang tempoh anda mendapat jawatan baharu setelah dibuang di sesebuah syarikat, banyak perbelajaan yang mungkin anda gunakan untuk meneruskan hidup. Sabar adalah separuh dari iman, maka berusaha lah memperbaiki kehidupan agar ekonomi anda sama seperti dahulu di mana anda mampu memenuhi segala kehendak. Covid-19 banyak mengajar kita erti kehidupan di dunia kapitalis ini, banyak telah terungkai. Jom sama-sama kita bangunkan ekonomi dan ayuh warga Pulau Pinang dan seluruh Malaysia KITA LAWAN COVID. 

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *