LaparPo
Karipap Muncul Kuih Ke-5 Terbaik Di Dunia
Berita
Taste Atlas

Keistimewaan makanan Malaysia terus menjadi perhatian ramai apabila kuih karipap telah diiktiraf sebagai antara kuih terbaik di dunia.

Ini selepas kuih kebanggaan rakyat tempatan ini telah mendapat tempat kelima sebagai kuih terbaik di dunia menurut Taste Atlas.

Taste Atlas merupakan sebuah laman portal yang menghimpunkan makanan-makanan pilihan ramai di serata dunia dan portal ini telah menyenaraikan karipap di tangga kelima dalam senarai 100 Best Pastries in the World pada November yang lalu.

Pencapaian ini sudah pastinya menjadi kebanggaan negara memandangkan juadah tempatan terus mendapat tempat di hati masyarakat bukan sahaja di dalam malah luar negara.

Bertambah manis, kedudukan kuih karipap ini berjaya mengatasi Croissant dari Perancis yang berada di kedudukan ke-8 dan Kunafah yang sekadar di kedudukan ke-10.

Karipap yang terkenal dengan kepelbagaian inti seperti kentang dan sardin mempunyai kombinasi rasa yang cukup sempurna ditambah pula dinikmati selepas digoreng panas-panas.

Kuih yang sering dihidang pada waktu pagi dan petang ini sememangnya kuih kegemaran ramai Malaysia dan kejayaan ini berjaya mengangkat nama kuih-muih tempatan di persada dunia.