LaparPo
Kaki Kanak-Kanak Tersepit Ketika Gunakan Tangga Bergerak Di Pusat Beli-Belah
Berita
azremohamed_

Situasi cemas menimpa seorang kanak-kanak semalam apabila kakinya tersepit semasa menggunakan eskalator semalam.

Insiden ini dipercayai berlaku di pusat beli-belah Setapak Central baru-baru ini menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok, azremohamed_ semalam.

Menerusi video tersebut, ibu kanak-kanak terbabit dilihat berusaha menenangkannya yang mengaduh kesakitan selepas tersepit pada eskalator itu.

Sementara si bapa pula dilihat memaklumkan pasukan bomba dan penyelamat tentang apa yang berlaku. Lantaran itu, pasukan bomba mula bertindak untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Video yang dikongsikan azremohamed_ itu mendapat tontonan melebihi 976,000 kali, 18,300 suka, 1,483 komen dan dikongsikan sebanyak 8,427 kali.

Di ruang komen, ramai menyifatkan insiden sebegini sebagai salah satu potensi bahaya eskalator kepada kanak-kanak.

https://www.tiktok.com/@azremohamed_/video/7336869670055677192

Atas sebab itu, ada yang lebih rela memilih menggunakan lif berbanding eskalator di pusat beli-belah apabila membawa anak kecil kerana bimbangkan keselamatan mereka.