Jack Sparrow Buat Comeback???

By Widad

Hello peminat-peminat lanun, pasti anda semua sudah tidak sabar menanti kepulangan lanun lagenda iaitu Captain Jack Sparrow. Kali terakhir kita dapat melihat aksi lanun Jack Sparrow ini pada tahun 2017 iaitu Pirates of The Caribbean: Dead Men Tell No Tales.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan bahawa terdapat satu lagi filem baharu mengenai Pirates of the Caribbean (POTC). Walaubagaimanapun, POTC yang baru ini dikatakan tidak ada kena mengena dengan francais Pirates of The Caribbean sebelum-sebelum ini.

Filem Disney Pirates yang baru ini memperkenalkan watak utama yang baru iaitu Margot Robbie. Margot Robbie merupakan salah seorang artis terkenal yang membawa watak Harley Quin dalam filem Birds Of Prey.

Filem ini dikatakan satu filem original baharu yang masih mengamalkan konsep lanun tetapi diasingkan daripada sambungan francais POTC. Namun begitu, ramai peminat yang tertanya-tanya, sama ada Johnny Depp akan membawa kembali watak Jack Sparrow ke filem tersebut ataupun tidak. Kebanyakan daripada mereka menginginkan watak Jack Sparrow dalam filem terbaru itu dan mereka menyatakan bahawa jika tiada Jack Sparrow, filem itu akan terasa kosong dan tidak bermakna. Ini menunjukkan bahawa kehadiran Captain Jack Sparrow memberi impak yang besar dalam setiap filem Pirates of The Caribbean.

Oleh itu, marilah kita sama-sama nantikan kemunculan filem terbaru Disney yang ditulis oleh Christina Hudson ini.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *