ISHHH, MANA SATU NAK PILIH NI?

Netflix telah mengeluarkan sebuah filem interaktif yang bertajuk Bandersnatch. Filem ini mengisahkan seorang remaja bernama Stefan yang mencipta permainan video di adaptasi daripada sebuah buku “ Choose Your Own Adventure”. Bagi menyiapakan permainan video tersebut, Stefan harus membuat pilihan dengan tepat. Dalam pembinkinan permainan videonya, Stefan mula bertanyakan tentang adakah kehidupan yang dijalaninya palsu atau benar. Siapa yang mengawal setiap pemilihan yang dibuat olehnya. Adakah dirinya atau orang lain? 

Filem ini merupakan filem pertama yang membolehkan penonton memilih jalan cerita mengikut kehendak penonton sendiri. Penonton diberi masa 10 saat untuk memilih sama ada A atau B bagi meneruskan filem tersebut. Dan setiap pilihan yang dibuat akan memberi kesudahan yang berbeza-beza. 

Filem ini merupakan ‘game changer’ dalam industri perfileman. Kita selalu dihidangkan dengan jalan cerita yang linear dan kesudahan yang boleh di ramal oleh semua orang. Bosan kan? Bagi filem ini, semua penonton tidak akan mendapat kesudahan yang sama. Jalan cerita juga berbeza-beza. Menarik bukan? Jadi kepada sesiapa yang ingin menonton filem ini, tolong la buat pilihan dengan tepat. Jangan ikut suka tekan pulak. Jadilah pengguna yang bijak. Anda mampu mengubahnya. 

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *