HOMESTAY KAMPONG AGONG

Nak pergi bali tapi tak berapa nak masyuk? Ni ha ada ja tempat kat penang yang la-ala Bali, selamat datang ke Kampung Agong. Di sini memang tempat dia untuk bergambar ala-ala bali. Dengan keluasan 15 hektar, Kampung Agong ini mampu memberi nostalgia kehidupan kampung masyarakat melayu dengan sawah padi dan pokok kelapa. Bagi yang ingin berkunjung ke sini, Kampung Agong dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang dengan bayaran tiket sebanyak RM3 untuk kanak- kanak yang berumur empat hingga 11 tahun, RM5 bagi kanak-kanak 12 tahun dan dewasa, RM10 untuk warga asing dan percuma untuk bayi berusia 3 tahun ke bawah. Selain bergambar, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti kampung seperti berbasikal, mengutip kelapa, memancing, bermain congkak dan banyak lagi. Jika kena dengan musim buah, pengunjung juga perpeluang menikmati pelbagai jenis buah-buahan seperti buah bacang, cempedak, durian, jambu dan banyak lagi. 

Benda yang paling menarik golongan muda untuk ke kampung in ini pastinya disebabkan oleh sarang-sarang burung gergasi seperti sarang burung tempua, sarang burung wak-wak dan sarang burung helang. Disebabkan Kampung ini semakin terkenal, pihak penyelia Kawasan ini dijangka akan menjalankan beberapa projrk penambahbaikan termasuk membina berberapa rumah penginapan bagi pengunjung yang ingin bermalam disitu. Jadi kalau nak dapat gambar ala-ala bali tu, pakat-pakat la mai sini nah.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *