LaparPo
Helikopter Terhempas Di Klang Buat Penduduk Terkejut
Berita
Juliana Sharin

Penduduk sekitar Kapar, Klang terkejut apabila sebuah helikopter dilaporkan terhempas di kawasan berkenaan.

Wartawan berita TV3, Juliana Sharin melaporkan sebuah helikopter ringan terhempas di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar hari ini.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada jam 1.10 tengah hari tadi. Menerusi ciapannya di X, beliau turut memuatnaik rakaman video penduduk yang melihat apa yang berlaku.

Rakaman video menunjukkan penduduk terkejut melihat beberapa bahagian helikopter yang bertaburan sekitar kebun berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan bakal dikeluarkan berkenaan insiden ini dalam masa terdekat.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada laporan yang menyatakan ada kemalangan jiwa atau tidak.