Hari Polis ke-213 Dibatalkan Hari ini

By Hapeaceuddin

Akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan, Hari Polis ke-213 hari ini terpaksa dibatalkan. Walaupun tiada Hari Polis, rakyat Malaysia semestinya tetap menghargai jasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang senantiasa bersiap siaga dalam memastikan Malaysia terus aman dari segala ancaman dari dalam mahupun luar.


Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan untuk Polis Diraja Malaysia. Tidak lupa juga barisan hadapan yang turut bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia (MAritim Malaysia), RELA dan semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam memastikan kedaulatan negara dan ketenteraman awam terus terjamin.


Selamat Menyambut Hari Polis yang ke-213 kami ucapkan kepada warga PDRM. Semoga terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan , keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *