Khabar angin mengatakan lagi bahawa spesifikasi kamera utama Note20 akan menggunakan semula spesifikasi Galaxy S20 iaitu kamera yang mempunyai 108-megapixel. Ada yang mengatakan bahawa spesifikasi Note 20 sama seperti Galaxy S20 dan yang membezakan keduanya hanyalah S Pen dan juga rekabentuk telefon.
Seperti yang kita ketahui, harga Note10 ialah RM3,699 dan Note10+ bermula pada RM4,199. Untuk Galaxy S20 pula bermula pada harga RM3,599 dan S20 Ultra 5g berharga RM4,999. Harga untuk Note 20 mungkin tidak akan jatuh menjadi murah dan harga anggaran untuk keluaran Note20 mungkin bermula pada harga RM3,800 sehingga RM4900. Secara konklusinya, untuk mendapatkan Note20 ini, pembeli mesti membayar dengan harga RM3000 keatas.