HANTAVIRUS PULAK! BAHAYA ATAU TIDAK ???

By Shifa

Hantaviruses ialah virus RNA yang terselindung dan negatif dalam keluarga Bunyaviridae. ia boleh menjangkiti tikus dan tidak menyebabkan penyakit di dalam tuan rumah juga manusia mungkin dijangkiti dengan Hantavirus melalui kontak dengan air kencing, air liur, atau najis tikus. Hantavirus menyebabkan penyakit yang berpotensi membawa maut pada manusia, seperti Hantavirus demam hemorrhagic dengan sindrom buah pinggang dan sindrom paru hantavirus.Jangkitan manusia hantavirus telah hampir sepenuhnya dikaitkan manusia dengan kotoran tikus, iaitu air kencingnya dan air liur.

Perbezaan Hantavirus dan Cov-19

Tidak sama seperti coronavirus, penyakit ini tidak menyebar dari satu orang ke orang lain. Kesan terjadi setelah individu menyentuh mata, hidung atau mulut mereka setelah menyentuh kotoran tikus, seperti air kencing.
Oleh sebab itu, manusia yang terkena hantavirus biasanya bersentuhan dengan tikus yang membawa virus tersebut. Ada kemungkinan kesan terjadi kerana gigitan kecil tapi menyumbang kepada wabak hantavirus tanpa kita sedar. Jadi, jika anda terkena gigit dengan tikus, segeralah ke hospital untuk di masukkan antibiotik supaya kuman tersebut tidak tersebar di dalam badan kita.

Antara simptom yang jadi ketika diserang hantavirus adalah kelelahan, demam, sakit otot, sakit kepala, dan masalah perut, Simptomnya hampir sama macam virus corona, Setelah 4-10 hari dari gejala awal hantavirus, mereka yang terkena akan mengalami sesak nafas dan paru-paru akan berair.

HANTAVIRUS BOLEH BAWA KEMATIAN TAK ?

Yaa, sudah tentu boleh. ini juga satu berjangkit diantara manusia dan tikus. kes kematian disebabkan hantavirus adalah 38%

Jadi diminta semua berhati hati selepas ini, jika terkena air kencing tikus, najis atau air liurnya, segera membasuh dengan bersih dan gunakan hand sanitizer untuk membunuh kuman, dan jika terdapat luka berkaitan dengan tikus, dimintak segera ke klinik atau hospital untuk dirawat atau diberikan antibiotik supaya perkara yang memberi kesan buruk terhadap badan dapat dielakkan.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *