Hafizh terselamat dari kemalangan.

By Luqhman

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah atau gelarannya Pescao terselamat dalam sebuah kemalangan yang agak mengerikan di awal perlumbaan Grand Prix (GP) Austria semalam. Kemalangan tersebut merupakan kemalangan kedua didalam perlumbaan tersebut. Akibat dari kemalangan itu, pihak penganjur terpaksa memendekkan pusingan kepada 13 pusingan.

Kemalangan yang melibatkan juara Moto2 iaitu, Enea Bastianini dari pasukan Italtrans Racing Team yang mulanya terjatuh di sekeloh.  Akibat dari kemalangan tersebut, Hafizh Syahrin yang datang dari belakang melanggar bahagian hadapan motor tersebut.

Akibat dari kemalangan tersebut Pelumba Moto2 negara mengalami beberapa kecederaan seperti lebam-lebam di beberapa bahagian badan dan beliau dilaporkan masih dalam keadaan sedar. Beliau juga dibenarkan pulang ke “motorhome” di Litar Red Bull Ring-Spielberg dalam keadaan memakai tongkat.

Oleh itu, kami dari pihak Laparpo mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali beraksi semula di litar lumba.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *