GTA VI KEMBALI PADA 2020

Gamers seluruh dunia baru-baru ini telah digemparkan dengan berita tentang GTA 6 bakal dikeluarkan. Peminat GTA tertunggu-tunggu bilakah tarikh sebenar pengeluaran game tersebut. GTA 6 merupakan salah satu game yang dijangkakan akan meletup di pasaran gaming. Sudah hampir 6 tahun semenjak keluarnya Grand Theft Auto 5. Oleh hal demikian peminat GTA sangat teruja untuk menantikan pengeluaran GTA yang baru. 

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa GTA 6 bakal dikeluarkan pada tahun ini. Jadi, para peminat GTA berharap agar RockStar Games akan membuat pengumuman secepatnya mungkin. Khabar angin juga mengatakan bahawa penulis cerita untuk GTA iaitu, Dan Houser bakal meletak jawatan sebagai penulis jalan cerita untuk GTA. Houser merupakan salah seorang pengasas bersama RockStar Games dan telah menulis jalan cerita untuk GTA semenjak GTA 2 lagi.

Houser juga merupakan penulis bagi beberapa game yang terkenal seperti Vice City, RedDead Redemption 2, Bully dan GTA 5. Houser bakal keluar daripada RockStar Games pada bulan Mac 2020.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *