GORDON RAMSAY BAKAL BUKA RESTORAN DI MALAYSIA

By Ezzat

Gordon James Ramsey atau lebih di kenali sebagai Gordon Ramsey, chef selebriti British yang sering di kontrovesi dengan cara kritikan beliau yang berbisa dan tegas dalam rancangan masakan di kaca televisyen. Tidak di nafikan kemasyhuran beliau sehingga ke negara Malaysia, lagi-lagi selepas kes ayam masak rendang crispy yang pernah tular di media sosial satu ketika dahulu.

Chef selebriti yang berumur 54 tahun itu bakal membuka restoran pertama di Malaysia pada tahun 2021, jadi, buat peminat Gordon Ramsay di Malaysia, tidak lagi perlu bersusah payah untuk terbang ke London untuk mencuba makanan di restoran beliau.

Dijangka bakal buka pada Jun 2021 di Sunway Resort, Selangor. “For the first time outside of the original Mayfair outlet, Gordon Ramsay Bar & Grill will open with a varied all-day menu offering everything from snacks and light bites, to Gordon Ramsay’s signature dishes such as Beef Wellington and Sticky Toffee Pudding,” kata Sunway Resort dalam laman web mereka. Restoran yang bakal dibuka membawakan konsep gourmet dining yang sekaligus bakal menawarkan pengalaman baharu buat para pengunjung di Malaysia.

Penulis menjangka Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding bakal menjadi menu pilihan utama bagi pengunjung di Malaysia oleh kerana ianya adalah signature dish daripada Gordon Ramsay sendiri.

Peminat beliau berharap agar Gordon Ramsay sendiri yang bakal merasmikan restoran barunya di Malaysia pada Jun 2021 ini. Untuk pengetahuan semua, restoran beliau sudah mula mengambil tempahan untuk pengunjung.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *