LaparPo
Gelagat Pemotong Rumput Macam Askar Curi Perhatian Netizen
Berita
Oh! Media

Gelagat seorang individu memotong rumput macam askar buat pengguna media sosial geli hati sejak Januari lalu.

Menerusi video berdurasi 21 saat itu yang dimuatnaik Oh! Media, seorang pemotong rumput memilih memotong rumput dengan cara meniarap.

Selepas meniarap, dia mula merangkak sambil memotong rumput. Malah, pemotong rumput tersebut turut memotong rumput dari sebelah sisi sambil meniarap.

Gelagat individu tersebut tular di media sosial di mana video tersebut ditonton sebanyak 194,700 kali.

Video tersebut turut mendapat lebih 11,000 tanda suka dan dikongsikan sebanyak 494 kali.

Di ruang komen, ramai pengguna TikTok percaya individu tersebut berkemungkinan bekas askar atau teringin menyertai pasukan keselamatan negara.

Ini disebabkan si pemotong rumput bukan saja tidak berdepan masalah memotong rumput dalam keadaan meniarap.

Malah, individu tersebut tidak merasa penat mengangkat mesin pemotong rumput meskipun mesin tersebut berat untuk dipikul.

Ada juga yang menyifatkan perlakuan sebegini sebagai pelik dan tidak patut ditiru kerana berpotensi membahayakan diri sendiri dan orang lain.