LaparPo
Gelagat Anak Kecil Hadiahkan Kek Kepada Ibu Menyentuh Hati
Inspirasi
dellayusoffs

Ramai pengguna TikTok tersentuh melihat video gelagat seorang kanak-kanak yang dikongsikan di laman itu baru-baru ini.

Seorang pengguna TikTok bernama Della Yusoffs berkongsi telatah anak lelakinya yang bernama Ayyan selepas tamat sesi persekolahan.

Selepas tamat sesi persekolahan, Ayyan membeli sebiji kek kecil sebagai kejutan buat ibu yang tercinta.

Menurut Della, kek tersebut merupakan kek kegemaran dia dan pernah dibeli untuk sambutan hari lahirnya sebelum ini.

Selepas membuka bungkusan, Ayyan turut mengelap tangan sebelum mengetuk cermin kereta dan memberi kek kepadanya. Ketulusan budi puteranya itu membuatkan Della tersentuh dan merasa bahagia.

“Dia tak perasan ibu sudah nampak dia, ibu cipta rakam. Ibu suka makan kek itu. Dia pernah beli dulu masa hari lahir ibu.

“Hari ini dia beli lagi, dia buka siap-siap nak bagi kejutan untuk ibu. Tangan dia sudah kotor, nak buka pintu susah. Sebab ibu dia boleh bertukar jadi singa lapar kalau kereta ada cap tangan.

“Itu yang dia datang ketuk cermin itu. Allah. Bahagia apa, kurang apa lagi yang saya nak mengeluh untuk teruskan hidup. Terima kasih Allah. Terima kasih Ayyan. Awak selalu bagi ibu senyum dengan perangai awak. Ibu sayang awak sangat,” katanya.

Di ruang komen, ramai pengguna TikTok tersentuh dengan ketulusan budi yang dipamerkan Ayyan. Malah, ramai mendoakan semoga Ayyan menjadi anak yang soleh.