LaparPo
Gara-Gara Tonton Filem Mechamato, Kanak-Kanak Jepun Mula Ketagih Karipap
Berita
Mechamato/Monsta

Filem animasi negara, Mechamato mendapat sambutan hangat di Jepun terutama dalam kalangan kanak-kanak sejak mula ditayangkan pada 19 Januari lalu.

Filem ini yang pada asalnya disiarkan dalam Bahasa Melayu kini dialih suara ke Bahasa Jepun dengan membariskan pelakon terkenal dari Negara Matahari Terbit itu.

Ramai penonton terutama kanak-kanak memuji kualiti penceritaan Mechamato sehingga membuatkan mereka menitiskan air mata.

Malah, menerusi satu perkongsian video di TikTok boboiboy, seorang kanak-kanak teruja ingin mencari karipap. Ini selepas nama kuih Malaysia berkenaan disebut dalam filem itu.

Selain itu, ramai penonton Jepun merasa kagum dengan kualiti Mechamato terbitan Animonsta Studios dan Astro Shaw yang disifatkan setanding dengan filem animasi antarabangsa.

Mechamato versi Jepun menampilkan beberapa pelakon suara Jepun terkenal seperti Kenjiro Tsuda dan Yoshitsugu Matsuoka.

Tsuda dikenali menerusi watak Kento Nanami dalam siri anime Jujutsu Kaisen. Sementara Matsuoka pula terkenal menerusi watak Inosuke Hashibira untuk siri anime Demon Slayer.

Penonton di Malaysia yang ingin melihat Mechamato versi Jepun bertuah kerana filem ini bakal ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

@boboiboy

Mechamato Movie (Dubbing Bahasa Jepun) bakal ditayangkan di MALAYSIA mulai 25 January ini! 🇯🇵🇲🇾 #Mechamato #MechamatoMovie #メカアマト #メカアマトムービー

♬ original sound – MONSTA – MONSTA

Mechamato sebelum ini mengutip kutipan pecah panggung sebanyak RM36 juta semasa ditayangkan pada tahun 2022.