GAL GADOT MENANGIS MENONTON ‘WONDER WOMAN 1984’

By Ezzat Shukri

Wonder Woman 1984 sebuah filem yang diterbitkan pada akhir tahun 2020, 17 Desember. Filem terbitan DC Films dan kerjasama Warner Bros. Pictures ini menampilkan pelakon kegemaran ramai iaitu, Gal Gadot, sebagai watak utama. Seperti yang semua orang tahu bahawa filem ini adalah sekuel kepada filem DC comic sebelum ini, Wonder Woman pada tahun 2017 dan beberapa filem DC yang lain. Filem ini mendapat Box Office sebanyak $85.4 juta USD dan filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Filem ini membuatkan pelakon utamanya, Gal Gadot menangis ketika menonton dia filem Wonder Woman 1984 buat kali pertama. Di sebuah wawancara, pelakon wanita yang memegang watak Diana Prince atau Wonder Woman mengaku bahawa dia terlalu asyik menonton sehingga membuatkan dia tidak memikirkan penglibatannya sendiri dalam filem tersebut.

“Saya tidak dapat menceritakan detik yang membuatkan saya menangis kerana ianya terjadi pada awal-awal permulaan filem ini.” jawabnya ketika wawancara. Dia berkata, “Saya tidak pernah mengalami perkara seperti ini sebelum ini. Ketika saya menonton, dengan secara tiba-tiba, saya bukan lagi pelakon, penerbit atau apa-apa yang berkenaan dengan filem ini.” Sambungnya, “Saya hanyalah seorang kanak-kanak kecil dari kawasan pinggir bandar yang menonton sebuah watak yang hebat melakukan perkara-perkara yang luar biasa. Dan saya bukanlah seorang yang mudah menangis. Saya bukan wanita yang menonton filem dan menangis.”

Gadot juga bercakap tentang betapa bangganya dia dengan watak Wonder Woman dan bagaimana ianya terbukti memberi inspirasi kepada banyak orang. “Ini sesuatu yang saya tidak jangka, untuk melihat dan mendengar reaksi daripada wanita, lelaki, dan kanak-kanak yang sangat luar biasa,” katanya.

Tambahnya, “ada seorang kanak-kanak lelaki yang sentiasa saya akan ingat. Selepas menonton filem tersebut, dia berkata kepada ibunya ‘Bila saya dah besar, saya ingin menjadi Wonder Woman’.

Ini menunjukan reaksi dan maklum balas yang baik mengenai Gender Equality, di mana wanita juga dipandang sebagai role model kepada masyarakat. Dan penulis percaya itu adalah salah satu sebab dan alasan utama watak Wonder Woman di cipta dan perkenalkan dalam dunia DC

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *