LaparPo
Gadis Comel Ini Bantu Orang Islam Dapatkan Makanan Halal Di Jepun
Inspirasi
halal_shinjukutei_akasaka

Jepun bukanlah negara yang dibanjiri oleh umat islam. Jadi untuk pelancong yang mahu berkunjung ke sana, mencari restoran yang menjual makanan halal merupakan satu kesukaran.

Namun berbeza buat seorang gadis comel dari Jepun yang kini sedang mengusahakan restoran halal di negara matahari terbit itu.

Segala bahan masakan yang digunakan untuk memasak telah mendapat pengiktirafan halal dan restoran tersebut juga menerima sijil halal dari Persatuan Halal Nippon Asia (NAHA).

Dalam video yang tular di laman Instagram NavitoHalal, pemilik restoran itu difahamkan tergerak hati untuk membuka perniagaan restoran halal selepas rakan muslim beliau mengatakan agak sukar mencari restoran halal di Jepun.

“Kawan-kawan muslim saya beritahu bahawa sukar mencari restoran halal di Jepun. Hanya ada beberapa sahaja restoran halal di Jepun. Jadi saya buka restoran halal,” jelas pengusaha restoran tersebut.

Restoran yang diberi nama Shinjuku-tei Akasaka itu terletak di bandaraya Tokyo dan antara menu utama yang dihidangkan adalah daging wagyu yang halal.

Restoran yang memulakan operasinya pada 19 Januari itu bukan sahaja menghidangkan masakan yang halal, namun turut menyediakan ruang solat yang sangat selesa.