Fries Celup Tepung BUJANG

By Hapeaceuddin

Harini mai nak share sikit resepi fries celup tepung bujang dekat hampa. Mana tau kot nanti makan kena catu ka kan susah nak dapat makanan. Yang tak berapa nak ada duit pon boleh try.

Resepi dia tersangat mudah. Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Ubi Kentang
Tepung Goreng Ayam kentucky
Telur
Minyak

Tuja bahan-bahan yang hampa perlukan. See, sangat simple. Lepas dah buang kulit dan potong kentang jadi bentuk fries apa semua, hampa pecahkan telur boh dalam mangkuk. Lepastu amek tepung goreng ayam Kentucky boh dalam mangkuk asing. Last panaskan minyak. Dah ready semua ikut step bawah ni :

Ambil kentang yang dah potong tu celup dalam telur.
Lepas tu angkat fries tu masuk dalam mangkuk tepung Kentucky pulak.
Agak dah sebati tepung tu lekat dekat fries campak fries masuk dalam minyak panas.

Cik abang yang tak pernah masak fries tu jangan risau, minyak dia tak meletup sangat macam masak ayam so x perlu pakai helmet time masak ok. Dah agak-agak fries tu dah masak angkat la jangan biaq sampai hangit pulak.

Kalau nak dia lagi ada rasa manis masin sikit bolehlah rendam dalam ayaq gula dalam 30 minit lepastu panaskan air dengan satu sudu garam biar sampai mendidih. Masukkan kentang dan rebus selama 5 minit. Habis 5 minit angkat kentang letak dalam peti ais tempat beku bagi dia sejuk dulu. Lepas dah sejuk baru hampa goreng.
Tapi dah kalau lapaq sangat tu tak payah tunggu. Lepas potong tu masak ja terus still sedap. Ok selamat mencuba!!!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *