Umum mengetahui bahawa panggung wayang akan dibuka semula pada awal bulan Julai dan kebanyakkan orang sudah tidak sabar mahu memenuhi pawagam.
Filem-filem yang dijadualkan untuk tayangan telah ditangguhkan oleh kerana PKP dan kebanyakkan filem ini telah ditetapkan tarikh tertentu untuk ditayangkan. Ada juga filem melayu yang tidak mengubah tarikh tetapi mereka mengubah platform tayangan dengan menggunakan platform Astro First.
Jika dilihat dalam laman sosial Golden Screen Cinemas, mereka telahpun memaparkan sedikit ‘teaser’ untuk pawagam mereka yang akan dibuka nanti. Mereka juga memuat naik gambar senarai pawagam GSC yang akan beroperasi.
Walaupun begitu, kita mestilah mematuhi SOP dengan memakai topeng muka serta mematuhi syarat yang diperkenalkan oleh setiap pawagam. Berikut merupakan 5 senarai filem antarabangsa yang ditunggu oleh orang ramai