Filem terbaru Train to Busan 2?

By: Widad

Filem Peninsula akan dikeluarkan tidak lama lagi, jadi yang mana sedang menunggu filem ini, bolehlah pergi ke panggung wayang berdekatan pada tarikh 16.7. Namun, GSC cinemas mengatakan mereka akan menayangkan filem tersebut awal sehari.

Filem peninsula dikatakan berkait dengan filem Train to Busan, namun ada yang menyatakan ianya bukanlah sambungan daripada filem Train to Busan. Peninsula ini merupakan kejadian setelah 4 tahun Korea dibiarkan dan ditinggalkan kosong oleh kerana wabak Zombie. Filem ini mengisahkan tentang seorang bekas tentera iaitu Jeong Seok dan kumpulannya perlu kembali ke Korea untuk mengambil satu barangan yang diperintahkan oleh seorang lelaki misteri. Jadi, Jeong Seok dan kumpulannya perlu kembali ke Korea dan berhadapan dengan zombie yang menetap di korea serta sekumpulan orang gila yang suka menyaksikan orang biasa dibaham oleh zombie.

Bila dilihat trailer filem ini, ianya agak rancak dan mendebarkan. Adakah Peninsula akan menjadi filem yang meletup seperti Train to Busan? Sama-sama kita nantikan filem ini… hehe

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *