Fasa baru PKPP untuk warga Pulau Pinang.

By Kimi

Fasa baru PKPP untuk warga Pulau Pinang.

Setelah kita harung PKPB, sekarang kita masuk fasa PKPP macam mana perasaan anda? Mesti best kan, tapi perlu berhati-hati dan amalkan norma baharu. Baiklah seperti yang kita baca di laman sosial, banyak premis mula beroperasi dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Di peringkat pemulihan ini, rakyat akan mula rasa bebas bergerak dan merentas negeri. 

Pada fasa ini berkemungkinan Pulau Pinang akan dibanjiri oleh pelancong tempatan dari serata Malaysia. Antara penarik perhatian pelancong adalah musim buah, Musang King Balik Pulau menjadi tumpuan. Selain dari itu, mereka ingin merasai sendiri keaslian nasi kandar dari pulau pinang. Maka banyak premis beroperasi untuk menerima kedatangan pelancong. 

Rakyat Pulau Pinang harus berhati-hati dengan lambakan pelancong yang mungkin akan tiba. Tempat tumpuan pelancong akan menjadi sesak tidak lama lagi. Jaga perjarakkan sosial dan jaga kebersihan diri selepas melawat tempat yang sesak dengan pelancong. Stay safe, have a nice day. 

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *