LaparPo
Fadhlina Sidek: Pelajar Pakai Uniform Sekolah Hanya Dua Hari
Berita
Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi kebenaran kepada murid untuk memakai pakaian seragam sekolah hanya dua hari bagi sesi persekolahan 2024/2025 mulai Mac ini. 

Menerusi satu kenyataan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, beliau berkata kebenaran itu merupakan garis panduan baharu berkaitan pemakaian seragam murid yang ditetapkan oleh KPM.

“KPM memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac ini, selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.”

“Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,” katanya ketika menyampaikan Amanat 2024 KPM.

Namun begitu, segala perincian mengenai garis panduan itu akan dimaklumkan kepada semua pihak dalam masa terdekat oleh KPM.

Fadhlina juga memberitahu bahawa pihak sekolah akan diberi kuasa autonomi untuk menentukan etika pemakaian seperti yang ditetapkan dalam garis panduan berkenaan. 

“Ya, itu akan diperincikan dalam surat makluman nanti mengenai autonomi yang akan diberikan kepada pihak sekolah nanti asalkan mereka mengikut dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan sehari pakaian kokurikulum. “

“Selain itu, bagi kita ini adalah penegasan keputusan untuk meringankan beban ibu bapa yang berhasrat membuat persiapan lebih awal,” katanya.