LaparPo
“Duit Insuran Pun Dia Kebas Semua” Isteri Lari Tinggalkan Suami Saat Menderita Sakit
Berita
abambeel

Kisah seorang suami mendapat perhatian pengguna TikTok lantaran dirinya ditinggalkan si isteri semasa dia jatuh sakit.

Kisah in dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama abambeel semalam. Dia menceritakan kisah adiknya bernama Amir Haikal yang ditinggalkan isteri selepas mengalami kemalangan.

Semasa sihat, Amir seorang yang baik dan sentiasa berusaha membahagiakan isterinya. Segalanya berubah apabila wanita berkenaan memilih meninggalkan dia tatkala ditimpa kesusahan.

Selain mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri kepada Amir, wanita tersebut juga cuba menuntut duit pampasan insurans kemalangan milik suaminya.

“Semoga dipermudahkan urusan Amir Haikal. Tidak mengapalah, Amir, Allah itu Maha Adil. Masa Amir sihat, kami saksi Amir sudah buat terbaik untuk rumah tangga Amir.

“Amir mewahkan isteri Amir, Amir beri segalanya apa yang dia nak. Tapi dia cuma pandang duit Amir, dia tak pandang usaha Amir, sampai insurans kemalangan Amir pun dia nak kebas semua.

“Tak tinggal pun untuk Amir, dia tak jaga Amir pun bila sakit, sampai susu pun dia tak bagi kepada Amir. Maafkan abang sebab hantaran ini sebab abang sudah banyak bersabar. Semoga Amir sihat seperti sediakala,” katanya.

https://www.tiktok.com/@abambeel/video/7327673893785783559

Di ruang komen hantaran tersebut, ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa Amir. Lantas, ramai mendoakan agar dia kembali sihat seperti sediakala dan sentiasa dilimpahi dengan kebaikan.