LaparPo
Dikatakan Harga Tak Masuk Akal, Kedai Western Tok Ayah Kini Di Cheras
Berita
Laparpo

Kebiasaannya, penggemar makanan Barat atau Western perlu membayar harga mahal untuk menikmati menu idaman mereka. Itu tidak berlaku jika pergi ke Restoran Tok Ayah Sizzling & Grill.

Ini kerana restoran yang terletak di Cheras itu menawarkan pelbagai jenis makanan Barat pada harga yang menarik dan berpatutan.

Salah satu hidangan menarik yang disediakan di Restoran Tok Ayah Sizzling & Grill ialah Chicken Grill.

Kebiasaannya, hidangan ini dijual pada harga RM14 atau RM15 di tempat lain. Bagaimanapun, di restoran ini, pelanggan hanya perlu membayar harga RM10.90.

Dengan harga tersebut, pelanggan dapat menikmati potongan ayam yang telah digril yang lembut dan enak bersama sos lada hitam yang unik tapi pedas.

Bagi pelanggan yang inginkan menu berbeza, mereka boleh mencuba Lamb Chop dan Beef Steak. Seperti Chicken Grill, kedua-dua menu ini masing-masing dijual pada harga murah iaitu RM12.90 dan RM14.90.

Pelanggan yang ingin datang secara berkumpulan boleh memilih menu sama ada Dulang Mak Ngah atau Dulang Pak Long.

Dulang Mak Ngah terdiri daripada ayam, daging lembu, daging kambing, coleslaw, salad dan nasi mentega untuk tiga atau empat orang dengan harga RM32.90.

Manakala Dulang Pak Long pula terdiri daripada lauk yang sama untuk 10 orang dengan harga RM79.90.

Dengan harga yang dinyatakan, pengalaman menikmati dua hidangan ini bagi yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan sebagai berbaloi.

Tidak kira menu mana yang dipilih, kualiti makanan Barat yang dipilih tidak akan mengecewakan sesiapa yang bertandang ke Restoran Tok Ayah Sizzling & Grill.

Bagi yang ingin mencuba pengalaman makan di restoran ini, Restoran Tok Ayah Sizzling & Grill terletak di No.15, Jalan Indah 26, Taman Cheras Indah, 56100 Cheras, Kuala Lumpur.