LaparPo
Derrick Gan Jawab Pertanyaan Individu Misteri Tentang Status Sebenarnya
Berita
Derrick Gan

Kisah penyokong Harimau Malaya, Derrick Gan yang menitiskan air mata selepas Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3 terus menjadi inspirasi ramai orang.

Ini kerana kesediaan Derrick menjual motosikal kesayangannya demi memberi sokongan kepada negara di Piala Asia 2023 membuatkan ramai kagum dengan semangat patriotik yang dimilikinya.

Meskipun begitu, ada individu yang tidak bertanggungjawab yang melempar pelbagai tuduhan termasuk menipu dan sengaja mencari populariti.

Derrick menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan cuba merosakkan nama baiknya.

“Ada saya sebut bahawa saya orang susah? Ada saya suruh jurukamera rakam saya? Ada saya minta motosikal yang telah dihadiahkan kepada saya?

“Siapa yang akan terfikir bahawa saya akan menjadi tular (di media sosial)? Sesetengah orang bersungguh-sungguh mahu jadi popular/tular tetapi gagal tapi anda fikir saya pernah mencuba jadi seperti itu?

“Katakan apa saja yang anda nak tapi jangan letakkan perkataan dalam mulut saya. Perkara yang tidak keluar daripada mulut saya ialah satu pembohongan, Saya tidak kata apa yang saya tidak katakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Atas sebab inilah, beliau bersedia membantu mana-mana individu yang minat bekerjasama dengannya untuk membantu orang lain yang lebih susah.

Ini kerana usaha tersebut bukan saja dapat meringankan kesusahan orang lain. Malah, Derrick melihat ini sebagai bukti bahawa dirinya tidak tamak dan tidak mengejar populariti seperti didakwa.

“Dan kini saya bersedia membuat satu pengumuman, kepada sesiapa yang mahu berlayar dengan saya, yang cuba menangkap gelombang tular saya, tumpang glamor, anda boleh mesej saya secara terus dan kita boleh bercakap tentang hal itu.

“Tetapi hanya dalam bentuk memberi semula kepada masyarakat seperti anda menganjurkan pertandingan atau pemberian produk yang anda mahu beri.

“Gunakan peluang ini bukan saja untuk promosikan jenama dan syarikat anda tetapi juga untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan.

“Kita sudah tentu membantu orang lain yang lebih memerlukan daripada saya, untuk yang lagi memerlukan daripada saya,” tambahnya lagi.

Sejak hantaran tersebut disiarkan di Facebook, hantaran itu mendapat 428 tanda suka dan 246 komen.

Ramai pengguna memberi semangat kepada Derrick tidak patah semangat dengan sentimen negatif sesetengah pihak dan terus memberi inspirasi kepada semua.