COD Mobile Season 5 Steel Legion!

By Hapeaceuddin

Bagi gamers mobile diluar sana, Call Of Duty Mobile (CODM) kelmarin dah start season baru. Season 5 CODM kali ini, Activision mengeluarkan tema Steel Legion manakala ranking juga telah bertukar kepada season 4. Bagi sesiapa yang pernah bermain dengan permainan Call Of Duty, semestinya anda tahu siapa David Manson dalam Black Ops 2. Tak lupa juga Reaper, sebuah robot hasil dari eksperimen untuk digunakan dalam peperangan.

Kedua-dua skin karekter ini akan dapat anda miliki dengan membeli Battle Pass. Pada awal keluaran CODM, Activision meletakkan 100 tier untuk anda memiliki semua kelengkapan yang bagi battle pass. Dan anda perlu membayar CoD Point (CP) sebanyak 2000 yang berharga RM104.90 untuk membeli premium pass plus yang akan memberi anda sebanyak 25 tier. Kali ini, mereka telah mengurangkannya kepada 50 tier sahaja dengan CoD Point (CP) sebanyak 800 yang berharga RM39.90 untuk pembelian premium pass plus yang akan memberi anda sebanyak 12 tier.

Untuk Ranking pula, Activision memperkenalkan karekter skin Ruin-Revolusi Industri dari Black Ops III untuk rank Master II dan senjata Man-O-War bagi ranking Master I. Activision juga telah menambah satu killstreak baharu iaitu RC Shock. RC Shock merupakan sebuah kereta control kawalan jauh yang membolehkan anda merenjat musuh. Semestinya dengan hadiah-hadiah ini bakal membuatkan gamers mobile diluar sana terliur dan akan push raking kaw-kaw. Jadi apa lagi, jum Push Rank!!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *