Chelsea Tercidukk!!!

By Luqhman Hakim

Kekalahan pasukan Chelsea awal pagi tadi membuka peluang kepada pasukan Manchester United untuk kembali beraksi di Liga Juara-Juara Inggeris musim hadapan. Kekalahan The Blues 3-2 ke atas West Ham telah merapatkan jurang mata antara The Blues dan The Red Devils kepada 2 mata sahaja. Di tambah pula dengan perlawanan The Blues bersama Man. United yang dijadualkan pada 20 haribulan ini akan memberi sedikit tekanan kepada pengurus pasukan Chelsea, Frank Lampard.

     Kekalahan ini juga menunjukkan bahawa pasukan Chelsea seharusnya memperbaiki barisan belakang mereka agar tidak bolos di saat-saat akhir perlawanan. Barisan belakang Chelsea yang di ketuai oleh ketua pasukan, César Azpilicueta sememangnya agak tumpul. Jaringan Yarmolenko pada minit ke 89 menunjukkan bahawa pasukan The Blues seharusnya mencari pertahanan yang lebih baik. Dengan kemasukkan dua permain baharu pada musim hadapan di bahagian tengah iaitu Timo Werner dan Hakim Ziyech tidak akan membuahkan hasil sekiranya pertahanan Chelsea masih tumpul.

So, hampa rasa Chelsea patut sign sapa untuk kuatkan pertahanan depa?  

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *