LaparPo
Bulan Bintang Jamin Kualiti Kain Bukan ‘Main-Main’
Berita
Bulan Bintang HQ

Susulan maklum balas pelanggan berkenaan kualiti fabrik pakaian yang dijual pada tahun lepas, Bulan Bintang berusaha memastikan kualiti kain mereka berada pada tahap terbaik.

Perkara ini ditekankan oleh pengasas jenama berkenaan, Azzim Zahid Azmi dalam pertunjukan Bulan Bintang The Terrrrpaling Raya Fashion Show 2024 di Sentul Depot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi memastikan kualiti fabrik Bulan Bintang berada pada tahap terbaik, sampel pakaian telah dihantar ke makmal SGS yang berpangkalan di China.

Antara ujian yang dijalankan pada sampel pakaian tersebut ialah kebolehtelapan udara dan kekuatan kelim.

Azzim, 27, mendedahkan hasil keputusan menunjukkan kualiti pakaian Bulan Bintang untuk tahun 2024 bukan saja pada tahap terbaik.

Malah, pelanggan juga akan merasa puas dan selesa bila memakai pakaian pilihan mereka untuk hari istimewa termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ini dilihat sebahagian daripada usaha berterusan Bulan Bintang agar terus menjadi jenama pakaian pilihan ramai.