BISNES NAK LINGKUP? MARCUS LEMONIS TO THE RESCUE !

Di CNBC mempunyai rancangan The Profit di mana seorang businessman bernama Marcus Lemonis akan menyelamatkan syarikat yang hampir gulung tikar. Apa yang akan dilakukan oleh Marcus Lemonis adalah beliau akan membuat pelaburan dalam syarikat yang hampir mati ini. Dari beribu permohonan hanya beberapa syarikat sahaja yang akan terpilih dalam rancangan ini. Apa yang menariknya adalah Marcus Lemonis merupakan CEO syarikat multi billion dollar ‘Camping World Holdings’ seorang yang sangat sibuk namun di atas minatnya membantu syarikat-syarikat yang mempunyai potensi untuk bangkit dan menakluk kembali market, beliau akan melabur duit, masa, pengalaman dan kemahirannya dalam mengembangkan syarikat.

Marcus lemonis mempunyai prinsip di dalam mengembangkan bisnes-bisnes yang beliau setuju untuk membuat pelaburan. Beliau percaya jika sebuah syarikat itu dapat membaiki 3 perkara ini syarikat tersebut akan kembali beroperasi dengan jayanya iaitu ‘People’, ‘Process’ & ‘Product’. 

1. People

Yang pertama, beliau percaya bagi sesebuah syarikat untuk berjaya harus mengambil pekerja yang betul dan minat untuk maju kedepan bersama syarikat. Orang yang kita ambil bekerja adalah orang yang akan mengendalikan syarikat kita jadi pemilihan kakitangan untuk bekerja sangatlah penting. Beliau juga sangat pentingkan kebajikan pekerja kerana syarikat dengan pekerja yang ‘happy’ adalah pekerja yang akan berusaha keras untuk syarikat. 

2. Process

Kecekapan di dalam aliran bisnes kita itu sangatlah penting. Contoh seperti dalam mengurus inventori, tanpa sistem yang betul untuk tingkatkan kecekapan proses tersebut, kerugian akan berlaku dan permintaan mungkin tidak dapat ditunaikan akibat pengurusan yang teruk. Kerugian duit juga akan berlaku tanpa kita sedari. Kecekapan mengurus aliran di dalam syarikat adalah antara yang amat dititik beratkan oleh Marcus Lemonis pada syarikat-syarikat yang beliau membuat pelaburan.

3. Product

Kaji kembali produk atau servis kita. Adakah permintaan tinggi untuk produk atau servis kita? Adakah pasaran yang boleh ditembusi cukup besar untuk dikembangkan? Adakah masalah yang cuba diselasaikan itu relevan? Beliau juga percaya ‘customer feedback’ sangat penting supaya kita tidak syok sendiri menjalankan bisnes. Selalu berikan penampilan ‘packaging’ yang menarik & baru pada produk anda supaya pembeli tidak bosan. 

Kalau hampa semua minat mengenai bisnes bolehlah layan rancangan ‘The Profit’ ini. Banyak ilmu yang kita boleh dapati sebenarnya dari rancangan-rancangan seperti ini. Nak berniaga kena berilmu tau!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *