Biskut Lidah Kucing

By Hapeaceuddin

Biskut Raya Lidah Kucing

Biskut lidah kucing ni mula fames tahun 2013 kalau tak silap. Time tu peqak/hairan sebab tak pernah tengok kan. Nampak menarik gila sebab warna dia rainbow macamtu. Tapi time tu kakak aku baru belajar buat, so tak sedap mana pon rasa dia. Hahaha. Tapi kalini maih nak share resepi biskut lidah kucing ni yang sedap, silap haribulan boleh buat menega/jual. Bahan-bahan yang hampa perlukan ialah :

  • 250g buttercup
  • 200g tepung gandum
  • 20g serbuk badam
  • 50g tepung jagung
  • 160g gula kastor
  • 3 biji putih telur
  • Esen vanila
  • Pewarna
  1. Pukul buttercup dan gula hingga sedikit kembang, kemudian masukkan putih telur. Pukul lagi
  2. Apabila sudah sebati, masukkan esen vanila dan bahan kering. Kacau sebati
  3. Warnakan adunan kepada 5 warna.
  4. Paipkan adunan ke atas loyang lidah kucing.
  5. Bakar suhu 150 selama 25 minit.

Dah siap. Semoga biskut lidah kucing ni akan mewarnai hari raya hampa yang suram beraya sorang-sorang. Selamat mencuba!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *