LaparPo
Bintang Liverpool Belanja Hampir RM4 Juta Bina Sekolah & Hospital Di Senegal
Inspirasi
SportBible

Bekas bintang Liverpool, Sadio Mane sememangnya dikenali kerana usahanya menambahbaik taraf kehidupan di kampung asalnya, Bambali, Senegal.

Meskipun menikmati pendapatan lumayan di beberapa kelab termasuk kelab barunya, Al-Nassr, Mane tidak pernah lupa asal-usulnya.

Africa Facts Zone melaporkan bekas penyerang Bayern Munich itu membelanjakan wang yang bukan sedikit untuk membangunkan Bambali.

Sebelum ini, Mane telah membelanjakan £700,000 (RM4.2 juta) untuk membina sekolah menengah dan hospital di situ.

Selain itu, beliau turut mewujudkan pejabat pos dan stesen minyak sekitar Bambali bagi menaiktaraf mutu kehidupan penduduk.

Mane juga turut memberi bantuan kewangan bulanan sebanyak €70 (RM420) kepada setiap keluarga di Bambali.

Terbaru, bekas penyerang Southampton itu turut membina sebuah stadium bagi membantu generasi muda Bambali aktif dalam bidang sukan.

Bila ditanya tentang usaha murninya di Bambali, Mane berbuat demikian bagi membantu rakan senegaranya menikmati taraf kehidupan yang lebih baik.

“Kenapa saya nak 10 kereta Ferrari, 20 jam bertatahkan berlian atau dua pesawat? Apa objek-objek iniboleh lakukan kepada saya dan kepada dunia?

“Pada masa lalu, saya berlapar dan perlu bekerja di ladang. Saya terpaksa mengharung kesusahan dan bermain bola sepak dengan kaki ayam.

“Saya tidak mempunyai pendidikan dan banyak lagi tapi dengan pendapatan yang saya peroleh terima kasih kepada bola sepak, saya nak bantu orang kampung saya.

“Saya bina sekolah-sekolah, stadium, kita sediakan pakaian, kasut dan makanan buat penduduk miskin tegar. Selain itu, saya beri €70 (RM420) sebulan kepada semua penduduk di wilayah termiskin di Senegal yang menyumbang kepada ekonomi keluarga mereka.

“Saya tak perlu pamerkan kereta mewah, rumah mewah, percutian dan kapal terbang. Saya memilih orang kampung saya mendapat sedikit daripada kehidupan senang yang diberi kepada saya,” katanya seperti dilaporkan portal Ghana, Nsemwoha.

Disebabkan usaha murni Mane kepada kampung asalnya itu, usaha beliau diiktiraf oleh Presiden Senegal, Macky Sall.

Ini membawa kepada pertemuan empat mata antara Mane dan Sall pada 2021 bagi membincangkan tentang projek sosial yang mahu diusahakan di negara itu.