Berita Gembira Buat Penuntut IPT

By Luqhman Hakim

Pada 8/7/2020, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan beberapa perkara terhadap status para pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Berita gembira telah dikhabarkan melalui satu sidang media yang berlangsung di Putrajaya. Pekara yang di sampaikan ialah penuntut IPT akan kembali pulang ke kampus secara berperingkat mulai bulan ini. Pada sidang media sebelum ini, beliau telah menyatakan beberapa kategori pelajar yang akan dibenarkan pulang ke kampus.

Pada sidang media semalam, beliau menambah sebanyak empat lagi kategori pelajar yang akan dibenarkan pulang ke kampus mulai bulan ini. Empat kategori pelajar tersebut ialah, penuntut tempatan di IPT swasta (IPTS) sebanyak 30 peratus yang merangkumi penuntut tahun satu, dua, tiga dan empat universiti awam (UA) dalam pengajian memerlukan latihan klinikal, latih amal, praktikal, bengkel, makmal, studio atau peralatan khusus serta mereka yang perlu menduduki peperiksaan Badan Profesional akan dibenarkan pulang. Selain itu, pelajar tahun satu hingga empat di UA yang tiada akses Internet atau persekitaran kondusif, seperti ruang belajar yang sempit atau keadaan tidak selesa bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian juga akan dibenarkan pulang ke kampus. Dua lagi kategori ialah, pelajar antarabangsa di kedua-dua UA dan IPTS, termasuk penuntut baharu juga diminta untuk membuat persediaan untuk pulang ke kampus.

Beliau juga berkata, para pelajar harus mengekalkan penjarakkan sosial dan kebersihan diri. Aktiviti pelajar juga dibenarkan dengan syarat tidak melebihi 250 pelajar.  

So min rasa berita ini akan memberikan khabar gembira buat semua penuntut IPT untuk kembali berada di kampus semula.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *