Basque Burn Cheesecake

By Hapeaceuddin

Harini rasa macam teringin nak makan cake lah. Dok tengok-tengok ni rasa macam nak buat cheesecake untuk berbuka nanti. So apa kata harini kita buat Basque Burnt Cheesecake. Bahan-bahan yang hampa perlukan ialah :
• 1 kilo keju krim (suhu bilik) 300 gram gula halus
• 7 biji telur
• 500 gram whipped cream
• 30 gram tepung gandum

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C.
  2. Sediakan bekas springform dan alaskan dengan kertas minyak (parchment paper).
  3. Balutkan bahagian luar bekas dengan pembalut aluminium pula.
  4. Putarkan cream cheese dengan gula halus sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan telur satu demi satu.
  6. Masukkan whipping cream dan gaulkan sehingga kembang.
  7. Ayakkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati.
  8. Masukkan kek ke dalam bekas springform yang dialaskan dengan kertas minyak.
  9. Bakarkan kek pada 200°C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek sudah bertukar menjadi warna coklat gelap.
  10. Biarkan kek sejuk di dalam ketuhar tanpa membuka pintu ketuhar.
    Dah siap dah Basque Burnt Cheesecake hampa. Selamat mencuba!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *