by Ezzat Shukri
Treler baru filem Zack Snyder’s Justice League sudah pun disiarkan. Menerusi treler tersebut, kelihatan banyak perubahan dan rakaman yang baharu dari pengarah hebat Zack Snyder. Terdapat bom, aksi, dan semestinya, Jared Leto kembali sebagai Joker untuk pertama kalinya sejak Suicide Squad.
Selain itu, Superman memakai sut hitam dan menembak laser dari matanya yang kelihatan sedang marah; Panggilan Batman untuk wira-wira; Steppenwolf meraih Motherbox; dan Flash melihat ayahnya di penjara. Malah, terdapat banyak CGI dan beberapa detik yang pernah kita lihat dari versi asal sebelum ini. Anda boleh menonton treler di atas.

Snyder Cut bukan sahaja akan menjadi sebuah filem yang berkadar epik, juga ianya berdurasi selama empat jam. Penampilan baru Leto’s Joker memulakan debutnya awal bulan ini, tetapi treler baru menunjukkan dia bercakap dengan Batman mengenai kejatuhan masyarakat. Deathstroke, Joe Manganiello juga akan membuat penampilan dalam versi baru Justice League, pelakon itu telah mengambil bahagian dalam penggambaran ulang tahun lalu.
Snyder sebelum ini mengatakan bahawa rakaman tambahan hanya menambah sekitar empat atau lima minit pada waktu tayangan filem itu, tetapi juga ianya seolah memberi kiasan bahawa penonton dapat mengharapkan sekitar 150 minit rakaman (footages) yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam karya Justice League. Semestinya mempunyai banyak perkara baru yang boleh terlihat di dalam filem Zack Snyder’s Justice League dan hal ini membuat penonton lebih bersemangat dan tidak sabar menunggu tarikh untuk filem ini ditayangkan.