Banyak hotel murah di Pulau Pinang?

By Kimi

Setelah fasa PKPP banyak hotel di sekitar pulau pinang mengadakan promosi kepada pelancong dan juga rakyat  Penang untuk menginap di hotel mereka. Jika kita buka facebook, agoda, trivago dan lain-lain kita akan banyak dapati penurunan harga bukan pada hotel kecil, malah hotel besar pun mengurangkan harga. 

Untuk menginap di hotel tidak menjadi masalah, tetapi kita perlu membuat keputusan yang paling tepat. Disebabkan covid-19, banyak pekerja diberhentikan kerja dan mengalami krisis ekonomi dalam kehidupan. Pada masa sekarang kita harus bijak berbelanja dan berjimat demi keberlangsungan hidup pada hari yang mendatang. Anda mungkin boleh berjimat dahulu, dan mengutamakan simpanan kerana banyak syarikat yang akan menberhentikan kerja, besar kemungkinan anda akan dibuang kerja melainkan jika anda berkerja dengan kerajaan. Tetapi jika anda mempunyai duit lebih, maka anda boleh berbelanja dan merasai pengalaman berada di hotel merah sementara harga promosi murah. Setelah promosi tamat anda mungkin tidak mampu untuk menginap di hotel itu lagi.

Selain dari itu, berkemungkinan bilik hotel yang didiami mungkin berhabuk akibat jarang di duduki. Jika anda seorang yang alah (alergik) terhadap habuk, maka anda perlu lebih berhati-hati atau membuat persediaan awal terhadap diri anda.

Walau bagaimanapun SOP untuk mengurangkan Covid-19 harus diamalkan untuk membasmi penularan virus. Bersama-sama kita rakyat Pulau Pinang berusaha untuk melenyapkan Virus ini. PENANG LAWAN COVID.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *