BAGAIMANA FACEBOOK BOLEH JEJAK AKTIVITI KITA?

By: Afiq

Pernah tak anda perasan setiap kali anda ingin membeli sesuatu di Shopee, Lazada ataupun aplikasi online shopping yang lain, Facebook pasti akan munculkan iklan di ruangan mereka. Hal ini menimbulkan tanda tanya adakah aktiviti kita sedang di awasi oleh facebook atau sebaliknya.

Umum mengetahui bahawa aplikasi Facebook menjana pendapatan dengan menampal iklan di ruangan halaman mereka. Oleh itu, lebih banyak iklan yang di paparkan maka lebih banyak pendapatan yang diperoleh. Facebook boleh di andaikan sebagai tapak penyewaan kepada yang ingin mempamerkan iklan perniagaan mereka. Facebook akan menyasarkan pengiklanan tersebut tepat kepada kelompok yang tertentu.

Namun sekiranya kita pergi ke kedai fizikal, bagaimana Facebook dapat mengenal pasti apa yang kita hendak membeli? Ini kerana Facebook menggunakan sistem GPS melalui store tracking. Perkara ini telah berlaku di United State dan sudah semestinya ianya perkara yang sama berlaku di Malaysia.

Sekiranya pengguna menonton ulasan-ulasan mengenai barangan yang kita hendak membeli di Youtube, ini akan menguatkan lagi database Facebook untuk menyasarkan iklan kepada pengguna.

Itu sahaja penulisan untuk kalini, terima kasih.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *