Ayam Penyet Tanah Jawa

By Hapeaceuddin

Ayam Penyet Tanah Jawa
Bahan- bahan :
• 4 ketul ayam tight
• Rempah kasar
• 1 biji bawang besar
• 3 biji bawang putih
• 1 1/2 inci halia
• Air
• Perasa

Bahan sambal ayam penyet :
• 2 biji tomato
• 1 tbsp ikan bilis
• 1 inci belacan
• 2 cili hidup
• 10 tangkai cili padi
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• Gula
• Garam
• Limau kasturi

Bahan terung cili padi :
• Terung
• 1 biji bawang besar
• 2 cili hidup
• 2 cili padi
• Perasa

Bahan sampingan :
• Tempe
• Tauhu
• Timun
• Salad

  1. Pertama sekali, buat sup untuk rebus ayam. Tumis rempah kasar, bawang dan halia yang telah dihiris. Kemudian masukkan ayam dan air. Perasakan. Biar hingga ayam empuk.
  2. Kemudian keluarkan ayam, salutkan ayam dengan sedikit tepung beras dan kunyit. Goreng garing
  3. Untuk membuat sambal, bahan-bahan perlu di masak hingga separuh layu terlebih dahulu.
  4. Kemudian kisar halus bahan tadi dan tumis. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Untuk buat terung berlada, layurkan terung dengan sedikit minyak dahulu. Supaya terung tidak hancur.
  6. Tumiskan bahan2 untuk terung berlada dan tumis hingga pecah minyak. Perasakan. Kemudian masukkan terung yang sudah dimasak tadi.
  7. Untuk tempe dan tauhu, boleh goreng dengan sedikit kunyit dan garam atau ikut kreativiti masing-masing.

Dah siap. Selamat mencuba!

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *