Berita
WooS

Orang Malaysia yang ingin berhenti merokok kini ada alternatif menerusi penciptaan alat bantu berhenti merokok yang dipanggil alat penyedut aromaterapi WooS.

Alat ini dicipta oleh seorang pencipta Malaysia bernama Izzat Ishak. Alat penyedut ini direka dengan tujuan mengurangkan ketagihan dan kebergantungan perokok kepada nikotin, bukannya menggantikan satu ketagihan dengan satu ketagihan yang lain.

Menurut pengguna X, Roman Akramovich, alat ini dihasilkan Izzat disebabkan kejayaannya berhenti sebagai perokok tegar menerusi minyak aromaterapi.

Alat penyedut aromaterapi WooS menggunakan sepenuhnya minyak aromaterapi sebagai cara menangani setiap aspek ketagihan termasuk aspek psikologi dan deria.

Alat penyedut aromaterapi WooS. Kredit: WooS

Pengguna yang mendapatkan alat penyedut ini boleh memilih sama ada alat penyedut yang diperbuat daripada kayu atau besi.

Memandangkan alat ini dicipta bagi membantu pengguna berhenti merokok, pembelian semula sumbu minyak aromaterapi juga berkurangan seiring dengan pengurangan rasa ketagih pada nikotin.

Secara purata, sumbu minyak aromaterapi yang digunakan boleh bertahan selama tiga hari. Bagi membantu pengguna komited untuk berhenti merokok, WooS turut menyediakan penjejak tabiat bagi mengetahui kemajuan mereka.

Kebiasaannya, pengguna WooS mampu berhenti merokok dalam tempoh satu hingga empat bulan. Pada masa sama, hal ini turut dipengaruhi oleh kesungguhan individu untuk berhenti merokok.

Pengguna yang ingin mencari kaedah alternatif untuk berhenti merokok boleh mencuba alat penyedut aromaterapi WooS.

Pengguna boleh mendapatkannya di kedai rasmi Shopee WooS yang dinyatakan di bawah. Harga bagi alat penyedut ini sekitar RM135 hingga RM191.

Pautan Rasmi Shopee: Alat Penyedut Aromaterapi WooS