LaparPo
“Allah Maha Kuasa” Takiyuddin Bakar Menangis Dapat Zuriat Selepas 9 Tahun
Berita
Takiyuddin Bakar

Pelakon terkenal Malaysia, Takiyuddin Bakar menitiskan air mata kegembiraan dan kesyukuran selepas bakal menerima cahaya selepas 9 tahun penantian.

Perkara bahagia ini dikongsikan oleh isteri beliau, Zila Zulkifli di laman sosial miliknya ketika melakukan kejutan kepada suaminya.

Pasangan ini kelihatan cukup teruja untuk sama-sama berkongsikan detik gembira ini kepada semua pengikut yang sering mendoakan kebahagiaan mereka.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, serius ke ni,” ujarnya seakan tidak percaya.

Zila cuba menenangkan suaminya dengan mengajaknya untuk pergi ke klinik berhampiran bagi mendapatkan pengesahan.

Pengesahan doktor mendapati bahawa isterinya semenangnya mengandung hasil imbasan yang dilakukan di klinik.

Pasangan ini juga berkongsikan gambaran hasil imbasan di klinik bagi tatapan umum.

Khabar gembira ini jelas mengukur senyuman di wajah Takiyuddin dan Zila yang akhirnya menamatkan penantian selama lebih 9 tahun sebagai pasangan suami isteri.

Sumber artikel: Zila Zulkifli