LaparPo
Alif Satar Kongsi Tips Berkesan ‘5 Second Rule’ Bangun Subuh
Inspirasi
Alif Satar

Pempengaruh media sosial, Alif Satar berkongsi tips berkesan yang diberi nama ‘5 Second Rule’ bangun subuh selepas ramai tertanya-tanya bagaimana beliau bangun subuh dengan senang dan konsisten.

Penyanyi terkenal itu terkenal dengan usahanya untuk mengajak orang ramai menghadirkan diri ke masjid bagi mendirikan solat subuh secara berjemaah.

Antara perkongsian atau tips berkesan yang beliau kongsikan dalam satu hantaran video di laman sosial Instagram miliknya adalah pastinya tidur awal dan kunci jam penggera, itu perkara biasa setiap orang lalukan.

Selain itu, Alif Satar amalkan satu perkara yang dinamakan ‘5 second rule’ di mana selepas beliau bangun, ada kiraaan dari lima ke satu dan cakap pada diri wajib terus bangun dan lakukan solat subuh.

‘Yang pertama sekali memang kena tidur awal, yang keduanya kunci jam penggera dan yang selalu alif lakukan adalah ‘5 Second Rule’, lepas je alif bangun, alif dah setkan dalam kepala, kira dari kiraan lima, empat, tiga, dua, satu, aku kena bangun,’ katanya dalam video tersebut.

Kempen itu tempoh hari dimulakan dengan solat subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini, disusuli dengan acara bersenam beramai-ramai.

Seperti mana yang kita lihat kempen ini mendapat sambutan yanh luar biasa, bukan sahaja yang mengikuti program dari Alif Satar, malah di masjid negeri-negeri lain juga terkesan dan terus mengadakan program geng subuh macam jumaat itu di masjid.