5G SELAMAT DATANG KE MALAYSIA

5G Selamat Datang Ke Malaysia!

Baru-baru ini SIRIM telah meluluskan sebuah smartfone HUAWEI Mate 30 Pro 5G untuk masuk ke dalam pasaran Malaysia. Smartfone HUAWEI keluaran dari China ini merupakan peranti pertama yang menyokong 5G yang masuk ke dalam pasaran di Malaysia.

5G pertama di Malaysia di demostrasikan di Langkawi. Langkawi dipilih sebagai tempat ujian untuk jalur lebar 5G daripada 56 tempat seluruh dunia. 5G bukan sahaja membawa penambahbaikan dari segi kelajuan, tetapi turut ingin membangunkan sektor dan penggunaan baru yang tidak terjangka pada saat ini.


Untuk memudahkan anda memahaminya, ini adalah antara standard rangkaian digital yang digunakan pada setiap generasi.

2G – GSM
2.5G – GPRS
2.75G – EDGE
3G – UMTS
3.5G – High Speed Packet Access (HSPA)
3.75G – HSPA+ (H+)
4G – Long Term Evolution (LTE), LTE-Advanced
4.5G – LTE Advanced Pro
5G – New Radio (NR)

Sehingga kini, lebih dari 47 negara yang telah memperkenalkan jalur lebar 5G dan disokong oleh jenama HUAWEI. Malaysia berkemungkinan akan melancarkan 5G pada tahun 2025. Lambat betul kan? Cepat la sikit masuk Malaysia. Tak la AFK time main PUBG dan Mobile Lagend.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *