40 pegawai dan anggota polis di Terengganu syak postif COVID-19

By Jarvis

Seramai 40 pegawai dan anggota polis di Terengganu dikuarantin selepas disyaki dijangkiti wabak COVID-19. Ketua Polis Terengganu, daripada jumlah itu 24 daripadanya merupakan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman termasuk ketua polis daerah dan diarahkan kuarantin di rumah serta IPD berkenaan. Manakala katanya, baki 16 lagi merupakan pegawai, anggota serta dua kakitangan awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan IPD Kuala Terengganu. Mereka kini diarah kuarantin di rumah masing-masing.

Mereka yang disyaki telah diarahkan melakukan kuarantin di rumah masing-masing. Ia melibatkan pegawai, anggota, kakitangan awam serta ahli keluarga mereka. Beliau berkata demikian selepas melakukan pemantauan sekatan jalan raya di Rantau Abang, Dungun pada Rabu.
Bagi kes di daerah kemaman, mereka disyaki mempunyai kontak rapat dengan salah seorang isteri kepada anggota yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Kemaman. Bagaimanapun, setakat ini kesemua pegawai dan anggota yang dikuarantin tiada yang dikesan positif virus berkenaan. Pihaknya tertentu akan sentiasa memantau kesihatan setiap anggotanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *