$100 JUTA? NO THANKS.

Khabib Nurmagomedov baru-baru ini mendapat tawaran sebanyak $100 juta (RM412 juta) daripada UFC jika dia sanggup untuk beraksi semula menentang Conor McGregor. “ $100 juta untuk saya mengalahkan si bodoh itu sekali lagi? Saya tak fikir ia rasional. Lebih baik wang itu diberikan kepada badan kebajikan” katanya apabila di temuramah. 

 Khabib membelasah McGregor untuk mengekalkan gelaran lightweight UFC 229 pada tahun 2018. Beliau sama sekali tidak berminat untuk pertarungan semula yang pasti menjanjikan habuan lumayan dalam sejarah MMA. Khabib menyatakan bahawa beliau tidak memerlukan duit sebanyak itu 

Atlet Russia yang belum tewas ini sekarang bersiap sedia untuk mempertahankan gelaran UFCnya dengan menentang Tony Ferguson pada 18 April di UFC 249. Ramai peminat UFC yang membuat andaian bahawa Ferguson mungkin atlet yang mampu menumbangkan juara bertahan ini. Presiden UFC, Dana White turut menyatakan hasratnya supaya Khabib menentang semula McGregor jika dia dapat menewaskan Ferguson. 

Khabib merupakan ‘megastar’ di Russia dan Timur Tengah manakala McGregor tanpa diragui pesaing paling mencabar dalam sukan MMA. Pertarungan antara kedua jaguh ini pasti dinanti-nantikan oleh peminat sukan tempur. 

Anda Terhibur Dengan Artikel Kami ?
Jangan Lupa Tekan Butang Share !

Share on facebook
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on telegram
Share on whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *